Kertas Cadangan
Kem Bestari Solat Kali Ke Empat
Tahun 5
Sesi 2009
Pendahuluan
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurana dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat mengikut kesesuaian sesebuah sekolah dan masa.
Lantaran itu, Kem Bestari Solat perlu diadakan secepat mungkin bagi mempersiapkan sahsiah pelajar-pelajar dengan ilmu-ilmu bagi memantapkan lagi kredibiliti semua murid SK Alma.
Objektif:
1) Murid dapat berwuduk dengan sempurna
2) Murid dapat menghafaz surah-surah pilihan dengan baik
3) Murid dapat menunjukkan cara bersolat dengan betul
4) Murid dapat bertayammum dengan sempurna
5) Murid dapat melaungkan azan dan iqamat dengan betul
6) Murid dapat menjawab azan dan iqamah dengan betul
7) Murid dapat menghafaz surah al-Bayyinah , al-Qadr, al-Alaq dengan betul
8) Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna
Kumpulan Sasaran:
Semua murid beragama Islam tahun 5
Tarikh: 03 Oktober 2009
Tempat: SK
Anjuran
Unit j-QAF, Sekolah Kebangsaan Alma Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tema
‘Ke Arah Memperkasakan Pendidikan Islam’
Majlis Jawatankuasa Pelaksana
Sila Rujuk Lampiran A
Aturcara Program
Sila Rujuk Lampiran B
Belanjawan Program
Sila Rujuk Lampiran C
15.0 Penutup
Pihak penganjur amat mengharap kerjasama, sokongan dan komitmen yang padu daripada semua pihak demi menjayakan program Kem Bestari Solat 2009. Semoga program ini akan memberikan natijah yang baik kepada murid-murid Tahun 5 khasnya, ibu bapa serta guru-guru sebagai langkah memperkasakan pendidikan Islam untuk membina jati diri insan mukmin disamping merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia, …..(Surah al-Mu’minun Ayat 1-3)
Sekian, Wassalam.
Yang Benar,
_________________
( CHE ANUAR BIN CHE IBRAHIM)
Setiausaha KBS 09
Disemak oleh ,
________________
( PN HJH NORAZMAH BT SHUIB)
Guru Besar
Sek.Keb Alma
Lampiran A
Penasihat : PN HJH NORAZMAH BT SHUIB
Pengerusi : EN TARMIZI B ABDULLAH
Penyelaras KBS IV 09 : EN CHE ANUAR CHE IBRAHIM
Setiausaha : PN NOR SHIFA BINTI SAAD
Bendahari : EN ZAIDI BIN YUSOB
Jawatankuasa Pelaksana :
- Urusetia : EN MUHD AZNI ALI
- Makanan dan Minuman : PN ROSMAWATI DIN
- Dokumentasi dan Penilaian : PN NOR SHIFA SAAD
- Siaraya,Teknik, Peralatan : EN TARMIZI B ABDULLAH
dan persiapan tempat
- Fasilitator : 1. EN MUHD AZNI ALI (Ketua)
2. EN TERMIZI ABDULLAH
3. EN CHE ANUAR CHE IBRAHIM
4. PN JAMMILAH MAT SAMAN
5. PN ROSMAWATI DIN
6. PN SITI HUMAIRA BT MUHD EZANI
7. PN NOR SHIFA SAAD
8. PN HASHILA ISHAK
9. EN MOHD RODI B SAAID
10. EN ZULKIFLI
11. MAZLINDA BT MOHD HUSSIN
Lampiran B
Aturcara Kem Bestari Solat Siri IV 2009
Hari Sabtu 3 Oktober 2009 (Tahun 5)
08.30 pg :Pendaftaran , Agihan Kumpulan , Taklimat
- Murid dibahagikan kepada 12 Kumpulan dibimbing oleh Fasilitator
08.40pg :LDK 1 –– Bacaan Dalam Solat dan Perlakuan Dalam Solat
10.10pg : Rehat
11.00pg :LDK II- Teori dan Amali berwuduk
- Penerangan cara-cara berwuduk
- Lafaz niat wuduk
12.00 tgh hari : Bersurai
Lampiran C
Anggaran Perbelanjaan Kem Bestari Solat Siri I 2009
Bil | Perkara | Jumlah |
1 |
86 murid Tahun 5 x RM 6 ( makan pagi & tengah hari)
JUMLAH KESELURUHAN | RM 516 RM 516 |
No comments:
Post a Comment